Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
PANDUAN LENGKAP CARA BELI DOMAIN DAN HOSTING DARI NETKL
Sebelum membina rumah, kenalah pilih tempat dan sediakan tapak terlebih dahulu. Tak gitu? Demikianlah juga kalau korang nak buat website atau blog wordpress self-hosted, kenalah sediakan domain dan hosting terlebih dahulu. Jadi, di sini aku akan tunjukan cara beli domain dan hosting dari NetKL.
Kenapa NetKL?
NetKL ni ialah penyedia domain dan hosting mampu milik. Harga dan servis yang ditawarkan oleh mereka bagi aku adalah terbaik, lebih-lebih lagi untuk newbie. Bukan aku saja yang cakap, tapi ramai juga blogger yang dah pakai servis dorang ni, termasuk aku.
PANDUAN LENGKAP CARA BELI DOMAIN DAN HOSTING DARI NETKL
BAHAGIAN 1 : TEMPAHAN
1. Layari www.NetKL.com (klik)

2. Pilih Hosting > Shared Hosting > For Beginners

3. Pilih mySilver X dengan klik Order Now

4. Masukan nama domain pilihan korang dan klik Check.
Domain percuma hanya tertaktluk pada .com,.net,.org,.biz,.info dan .name
Domain percuma hanya tertaktluk pada .com,.net,.org,.biz,.info dan .name

5. Abaikan harga domain dan klik Continue

6. Semak Order summary dan klik Continue

7. Update Cart sekiranya korang tak nak ID Protection
ID Protection – bertujuan untuk mengelakan maklumat pemilikiran domain dikongsikan di database whois

8. Checkout

9. Tandakan dan klik Complete Order untuk buat pembayaran.


BAHAGIAN 2 : PEMBAYARAN
Setelah klik Complete Order korang akan menerima email daripada NetKL berkaitan tempahan korang berserta dengan no invoice. Buat pembayaran sama ada melalui bank transfer ada cash deposite kemudian attach bukti pembayaran kepada sales@netkl.com.
Semasa membuat pembayaran (sebaik-baik melalui online banking) gunakan no. invoice yang diemail dan domain name korang untuk reference supaya senang dorang nak rujuk.
Korang akan dapat email pengesahan dan juga email berkaitan maklumat CPanel korang (macam di bawah). Simpan email tu untuk rujukan akan datang nak jangan sesekali kongsikan dengan sesiapa, terutama username dan password.

Penutup
Akhir sekali, usah terburu-buru nak dapatkan pakej yang mahal, bermula dengan pakej mampu milik pun sudah memadai. Sekiranya blog mampu bergi lebih jauh, barulah naik taraf ke pakej yang lebih mahal. Diharap panduan yang aku kongsikan ini dapat bantu korang untuk dapatkan gambar lengkap tentang cara beli domain dan hosting.
Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh tinggalkan di ruangan komen.
Jumpa lagi! 🙂
0 Ulasan
Terima kasih di atas komen yang diberikan. ..