Ticker

100/recent/ticker-posts

Advertisement

Responsive Advertisement

RESEPI : lemon Soda Mixed Fruit Herbs



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


RESEPI : lemon Soda Mixed Fruit Herbs



Atas permintaan kawan-kawan yang nak beli bahan buat lemon soda mixed fruit herbs ni,saya berikan tips dan resepi. Boleh ganti soda dengan air jus lemon.






Sedap lain macam bila semua sukatan dan cara buat betul. Ini sukatan untuk 4-5 orang minum 2 gelas sorang. 






lemon Soda Mixed Fruit Herbs


6 biji kurma merah 
1 sudu makan selasih

Dua benda ni rendam awal dalam 2 jam. Lepas tu toskan dan potong halus memanjang kurma merah.















1 biji lemon besar
1 batang serai kecil diketuk ( boleh ganti dengan daun pudina )
1/2 tin air laici dan laici tin
1/2 tin air nenas dan potongan nenas tin
500 ml air soda 
500 ml air sprite

Hirisan kan lemon lepas tu buang biji elak dari pahit. Tekan-tekan isi lemon agar jus dia turun. 

Masukkan ke dalam bekas air bersama hirisan kurma merah selasih,serai,buah dalam tin dan air soda serta sprite. 

Baru ketuk ais dan tambah kan ais. Ais sedap diketuk kecil baru lagi bertambah rasa dia. 

Kalau dah lepas 1 jam air tu dihidang,buang serai/pudina untuk elakkan terlebih rasa. 

Boleh tambah masuk asam boi/hirisan kurma/isi buah oren juga bergantung pada selera. 

Kalau tak minum air soda,tambahkan 2 biji lagi lemon tetapi perah untuk dapatkan jus lemon dan kena tambah gula untuk seimbangkan rasa. 

Selamat mencuba petang nanti. 

#resepibensafwan



Sekian " Terima Kasih " ....

Catat Ulasan

0 Ulasan