Ticker

100/recent/ticker-posts

Advertisement

Responsive Advertisement

RESEPI : 12 JENIS KERABU PEMBUKA SELERA DI BULAN PUASA



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


RESEPI : 12 JENIS KERABU PEMBUKA SELERA DI BULAN PUASA



RESEPI : 12 JENIS KERABU PEMBUKA SELERA DI BULAN PUASA   |   Bagi peminat kerabu-kerabu sekalian,inilah pelengkap pembuka di bulan puasa dan setiap hari mesti akan ada punyalah,bagi saya kerabu ini adalah menu utama orang Kelantan,setiap hari mesti akan ada ulam-ulaman ataupun kerabu untuk melengkapi dan sebagai pembuka selera makan harian,tiada kerabu ini memang tak lengkaplah juadah untuk berbuka....



Perkongsian ini adalah dari group TELEGRAM RESEPI yang saya join,memang banyak sangat resepi yang dikongsikannya,jadi saya kongsikan dan simpan di laman blog untuk tatapan semua .....



1 - KERABU MANGGA IKAN BILIS




KERABU MANGGA IKAN BILIS

Bahan-bahannya:

3 biji buah mangga muda
1/2 mangkuk ikan bilis di goreng garing
4-8 biji cili padi-saya guna 4 jer
1 labu bawang besar
1/2 mangkuk kelapa goreng
Sedikit belacan
Garam
Gula
Asam limau nipis

Cara-caranya:

Sagat buah mangga.
Tumbuk cili padi, belacan, garam dan gula.
Masukkan dalam buah mangga tadi.
Tumbuk halus kelapa goreng.
Masukkan dalam mangkuk mangga.
Masukkan sekali ikan bilis dan bawang besar yang dimayang nipis.
Gaul/Ramas- masukkan sedikit air asam limau nipis. Gaul.
Siap




2 - π—žπ—˜π—₯𝗔𝗕𝗨 π—£π—¨π—–π—¨π—ž π—¨π—Ÿπ—”π—  π—₯𝗔𝗝𝗔




π—žπ—˜π—₯𝗔𝗕𝗨 π—£π—¨π—–π—¨π—ž π—¨π—Ÿπ—”π—  π—₯𝗔𝗝𝗔

Bahan-bahan:

1 cekak daun ulam raja (dihiris)
1 biji bawang besar (dimayang)
1 biji limau nipis (diambil jus)
garam, gula dan perasa secukupnya
1 cawan kelapa parut putih

Bahan tumbuk:

sejemput ikan bilis (saya goreng tanpa
minyak sekejap)
1 biji cili merah
8 biji cili padi
1 inci belacan

Cara:

1. Daun ulam raja dihiris halus.
2. Tumbuk bahan tumbuk sehingga lumat,
masukkan kelapa parut dan tumbuk
lagi sehingga separa lumat.
3. Campurkan kesemua bahan yang
dihiris di dalam satu bekas. Campurkan
bahan-bahan tumbuk tadi.
4. Perahkan jus limau dan perasakan
garamnya. Apabila sudah cukup mesra
gaulannya, bolehlah dihidangkan.

KREDIT : resepikaklimah




3 - π—žπ—˜π—₯𝗔𝗕𝗨 π—§π—”π—¨π—šπ—˜ π—žπ—˜π—₯π—”π—‘π—š π—¦π—œπ—›π—”π—§ π—¦π—˜π——π—”π—£




π—₯π—˜π—¦π—˜π—£π—œπ—œ π—žπ—˜π—₯𝗔𝗕𝗨 π—§π—”π—¨π—šπ—˜ π—žπ—˜π—₯π—”π—‘π—š π—¦π—œπ—›π—”π—§ π—¦π—˜π——π—”π—£!

Bahan-bahan:

2 cawan tauge
5 batang kacang botol
1 biji bawang besar - boleh kurangkan
1 biji cili merah - boleh ditambah
1/2 cawan udang kering
1 cawan isi kerang rebus - boleh ditambah
jus limau nipis secukupnya
sedikit belacan
kerisik secukupnya
garam dan gula secukup rasa

*boleh ditambah cili api jika sukakan pedas

Cara:

1. Bersihkan kacang botol dan potong nipis. Kemudian bersihkan tauge dan celur dalam air panas selama 5 saat saja, kalau nak rangup tak payah celur pun tak apa.
2. Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk udang kering, belacan dan cili merah sampai lumat, perah limau kasturi dan ambil jusnya.
4. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
5. Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah mengikut citarasa.




4 - KERABU MAGGIE ALA THAI




KERABU MAGGIE ALA THAI 

Bahan-bahan; 
3 bungkus Maggie Thai/Siam
1 biji buah tomato-hiris 
1/2 labu bawang besar- guna bawang besar Holland 
Sejengkal batang celery 
Segenggam daun ketumbar 
1 biji cili merah besar 
1 sudu sos ikan-jika suka 
1 sudu air asam limau-jika suka 
2 peket rempah maggie siam - (yang ada dalam peket maggie tu, 1 lagi tak dipakai).

Bahan Lauk: 
Sotong, Udang, Fish cake, Crab stick, Fish ball

Cara-caranya: 
1. Panaskan air untuk merebus bahan lauk dan mee segera. 
2. Masukkan 1 peket rempah mee segera. Tunggu hingga menggelegak.
3. Masukkan seafood. Seafood dahulu diikuti dengan fish cake(Sebentar sahaja, rebus secara berasingan)
4. Keluarkan seafood.  
5. Dalam periuk rebusan yang sama, masukkan mee segera.  
6. Dah lembut, keluarkan. Masukkan dalam mangkuk besar untuk menggaul kerabu. Air rebusan JANGAN DIBUANG!

Selamat mencuba, foodies! 😍
Sumber: Cik Wan Kitchen




5 - KERABU KAKI AYAM ALA THAI




KERABU KAKI AYAM ALA THAI


Bahan : 

Kaki ayam cuci bersih dan rebus sehingga boleh tanggal dari tulang. Toskan. (Ambil air rebusan jika suka kuah lebih)

Bahan campuran : 

Cuka (bantu kasi lagi masam)
Perahan limau
Cili api (kasi banyak)*
Daun ketumbar*
Bunga kantan*
Daun limau purut*
Serai*
Tomato
Bawang merah/bawang besar*
Serbuk perasa gula garam aji

Hiris semua bertanda*

Campur semua bahan.

Sedia dihidang 

kalau tak cukup bahan seperti daun ketumbar dan tomato, boleh juga guna bahan yang ada macam dalam gambar. Masih rasa umphh 

Tips :

lagi pedas lagi sedap!

Pastikan bahan hirisan dilebihkan kuantitinya barulah wangi! 

masam, manis & masin mestilah seimbang ya!




6 - Kerabu Bayam Brazil + Kacang Botol
(versi mak jamu)





Kerabu Bayam Brazil + Kacang Botol
(versi mak jamu)

Bayam brazil 2 genggam (anggaran)
Kacang Botol 2 biji (potong nipis)
Kelapa parut ½ biji
Bawang Merah 3 biji
Cili padi merah 4 biji
Ikan rebus 1 ekor (amik isi, hakak guna ikan kembung)
Sedikit garam dan gula
Perisa (optional)

Tumbuk semua bahan kecuali kelapa parut.
Bila dah lumat masukkan kelapa parut dan gaul sebati. Masukkan bayam brazil dan kacang botol.

Siap!!

Nota : 
Boleh tambah tauge dan kerang rebus jika suka. 
Ikan rebus boleh lebihkan juga untuk rasa yang lebih sedap.
Credit to SuzyHoneyHerbs




7 - Kerabu Serpihan Kulit Tembikai















Masak apa hari ini ibu-ibu semua?

*Menu rare orang utara*

Hampa oii yang beli tembikai lepas ambik isi jangan la jadi pepatah org kata habis madu sepah dibuang.

Serpihan isi tembikai yang ada lagi di bawah tu ada faedahnya.

Bagi pencinta kerabu macam sis ni memang pantang la jumpa lepas beli tembikai wajib kerjakan sampai kulitnya.

Ni kat bawah ni dah tunjuk gupe serpihan tembikai dan lepas dikikis isi dalam lebihan. Try la buat sedap baqhang. Kerabu tembikai nama dia. 

Simple ja bahan dia. 
1. Serpihan isi tembikai lepas potong
2. Bawang merah
3. Cabai Melaka(cili padi)
4. Belacan 

Kikis isi tembikai lebihan tu pastu picit je belacan dgn cabai melaka pastu potong bawang merah. Gaul semua sebatikan dgn garam sikit dah cukup. 

Tak yah nak gatal tangan campur gula atau aji bagai dah sedap dah rasa dia. Tak perlu semua tu. Cukup sekadar garam secubit. Dah siap ...

Cenggini selera makan nasi 
Credit : Misbahul Munirah




8 - KERABU NENAS




Tadi ramai mnta resepi kerabu nenas, sya share disinilah ya, sapa nk cuba silakan. Kerabu legend ni..😊

Resepi kerabu nenas

Tumbuk cili padi + cili merah. Kuantiti cili ikut kepedasan yg kita nak.. Kemudian letak sedikit belacan, tumbuk separa halus. Pastu masukkan dlm bekas.. Cincang2 isi nenas.. Mayang halus bawang besar gaul gaulkan semuanya perasa dgn sedikit garam, gula dan sedikit cuka.. Siap.. Simple sja.. Ni cara syalah..
 Kalo nk campo dgn timun pun boleh,. Kaedah sama juga cincang2 jer masukkan sekali..




9 - KERABU PUCUK PAKU




Kerabu Pucuk Paku 

resepi pucuk paku
#pucuk paku celur dahulu
#tauge sangai tanpa minyak sekejap je..jgn lama
#mangga muda sagat dahulu
#bawang besar hiris nipis
#kerang rebus
#kelapa parut putih sahaja sangai dulu sekejap bg kaler brown skit

sambal kerabu
#lada besar dlm 10 biji
#cili api ikut suka nk pedas mana
#belacan
#air asam jawa
#perahan air limau kasturi 4 biji
#garam,ajinomoto 
#ikan blilis segenggam sangai kejap..goreng pun boleh..
#blander bahan sambal ni pastu yg last letak ikan bilis.. blander jgn hancur sangat..

#campur semua bahan..gaulkan..balance kan rasa masam ,masin,dan pedas..lagi ok kalau rasa masam yg lebih skit..
selamat mencuba😍

Credit : Redza Rosida




10 - KERABU TELUR MASIN ALA THAI




Kerabu telur masin ala Thai

Resepi:
Bahan-bahan:
- Telur masin 3 biji (direbus dahulu)
- Tomato 1 biji
- Bawang besar (hiris nipis2)
- Limau kasturi 10 biji @ Cuka
- Cili api 5 biji (ikut kepedasan masing2)
- Daun ketumbar (hiris halus2)
- Gula & Garam secukup rasa

Cara-cara:
- Rebus telur masin & gaul dgn semua bahan2 sampai sebati dan cukup rasa masam, manis & masin.




11 - KERABU SOTONG




Kerabu Sotong

Bahan-bahan:

1/2 kg sotong
1 biji bawang besar - siap hiris
4 biji bawang putih
8 biji cili padi - campur merah & hijau
2 biji limau nipis
1 sudu nisey thai - boleh ganti dgn gula biasa jika tiada
2 sudu sos ikan (nampla)
1 biji tomato
Sedikit daun ketumbar

Cara-cara:

1) Rebus sotong seketika. Angkat dan tos. Simpan 1-2 sudu air rebusan sotong.
2) Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, cili api. Masukkan air rebusan sotong 1 sudu.
3) Masukkan nisey thai, sos ikan. Gaul sebati. Perah air limau nipis ikut tahap masak yg dikehendaki.
4) Rasa ikut kesesuaian rasa yg nak, masukkan sotong yg dah tos dalam satu bekas. Dan masukkan bahan yg tumbuk td bersama sotong. Gaul rata hingga sebati sampai mesra cili dgn sotong tadi.
5) Tabur tomato yg dah dipotong dadu dan daun ketumbar yg dah dihiris halus. Gaul sebati. 
6) Siap!




12 - KERABU PERUT BERSANTAN




KERABU PERUT BERSANTAN

Bahan-bahan:

500gm perut rebus hingga empuk dan hiris nipis
2 sudu makan kerisik
1 cawan santan
2 batang kacang panjang hiris halus
1 biji bawang besar belah dua dan hiris nipis
4 tangkai daun kesum buang tangkai & mayang halus
10 biji cili padi hijau hiris halus
2 biji cili merah hiris
2 sudu teh serbuk lada hitam
1 biji limau nipis ambil jus sahaja
Garam dan gula secukup rasa
.
Cara-cara:

Masukkan hirisan perut yang telah direbus dalam mangkuk bersama hirisan bawang besar, cili padi, cili merah, daun kesum bunga kantan dan kacang panjang. Gaul rata.
Bancuh kerisik dengan santan, tuangkan dalam mangkuk berisi campuran perut.
Perasakan dengan garam, gula dan perahan jus limau nipis.
Gaul rata dan tambah santan jika perlu.
Setelah cukup rasa, kerabu sedia dihidangkan.




Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan




Sekian " Terima Kasih " ....



















Catat Ulasan

0 Ulasan