Ticker

100/recent/ticker-posts

Advertisement

Responsive Advertisement

15 RESEPI PELBAGAI MASAKAN IKAN SIAKAP ...



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera



15 RESEPI PELBAGAI MASAKAN IKAN SIAKAP ...



15 RESEPI PELBAGAI MASAKAN IKAN SIAKAP ...    |    Tiada idea untuk masakkan ikan siakap? Saya nak kongsikan 15 RESEPI PELBAGAI MASAKAN IKAN SIAKAP , confirm anda Akan berpuas Hati punya.....



15 RESEPI PELBAGAI MASAKAN IKAN SIAKAP ...



1 - Siakap Sweet Sour Sedap






Siakap Sweet Sour Sedap

Bahan2:
1 ekor ikan siakap - lumur garam kunyit 
1/2 biji bawang besar - mayang 
4 ulas bawang putih - ketul
1-2 inci halia - hiris halus panjang 
Sedikit cili kisar 
1 biji tomato buah - hiris bulat
1/2 cawan sos tomato
Sedikit sos ikan
Gula
Garam
Air tepung jagung

Hiasan:
8biji cili padi merah dan hijau
1biji bawang besar - hiris bulat
Daun bawang 
Daun sadri

Cara2:
Ikan dilumur garam kunyit dan digoreng. Sebelum digoreng, lumurkan tepung jagung rata rata dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Tumis bawang putih, halia dan bawang besar sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak. 

Selepas itu, masukkan pula sos tomato, sos ikan, garam, gula dan sedikit air. Masukkam air tepung jagung. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Akhir sekali, masukkan bawang mayang, tomato buah dan cili padi. Biarkan sehingga bawang layu. 

Tutup api dan tuang sos sweet sour ke atas ikan. Tabur daun bawang dan daun sadri.



2 - Ikan Kukus Halia Chinese Style






Ikan Kukus Halia Chinese Style.


Bahan-bahan 

1 ekor ikan siakap / jenahak / kerapu atau apa sahaja - dibersihkan
1 ketul halia muda, dihiris nipis - ikut lah nak banyak mana
1 ulas bawang besar, diracik halus
2 ulas bawang putih, dicincang
5-6 biji cili padi, dipotong - optional
Daun sup dicincang
Daun bawang dipotong


Bahan sos digaul bersama

2-3 sudu besar kicap manis atau kicap biasa yang pekat tu
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair - boleh gantikan dengan garam
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan air (atau lebih jika perlu)
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu teh minyak bijan


Bahan tumis

Sedikit halia yang diracik
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
sedikit minyak


Cara penyediaan

Ikan digaul dengan garam dan letakkan dalam pinggan atau dulang kukus. Ratakan halia muda, bawang putih dan bawang besar diatas ikan serta letak sedikit didalam perut ikan

Tabur cili padi, daun sup dan daun bawang.

Panaskan kukusan sehingga mendidih.

Masukkan ikan. Tuang bahan sos yang dikacau sebati.

Kukus sehingga masak. sesekali buka penutup, dan kacau sos ditepi ikan supaya rata. Jika mata ikan sudah putih dan lembut tandanya ikan kukus siap masak

Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumis sehingga kekuningan. Terus curahkan keatas ikan didalam kukusan tadi. Letakkan juga sedikit minyak tumisan tu. Jangan terlalu banyak.

Siap dihidangkan.



3 - RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA






RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA

Bahan-Bahan:
1. 1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
2. garam dan kunyit
3. sedikit tepung jagung- utk melumur ikan, ni Yatie tambah

Bahan untuk sos:
1. 4 ulas bawang merah (dimayang)
2. 1 labu bawang besar (di mayang)
3. 3 ulas bawang putih (dimayang)
4. 1 cm halia (dihiris halus)
5. 1/2 cawan sos tomato
6. 4 sudu besar sos cili
7. 2 biji cili merah (dipotong nipis)
8. 6 tangkai cili padi merah ( di potong2 kecik,Yatie tambah sbb suka pedas sikit)
9. 1/2 cawan air.
10. 1 biji tomato (belah 6)
11. 1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
12. Garam dan gula secukup rasa
13. minyak utk mengoreng ikan dan menumis

Cara- Cara
1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Yatie lumur sedikit tepung jagung keseluruhan ikan. Gorengkan sehingga masak/ garing. Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata. Angkat, toskan dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan



3 - TALAPIA MASAK PEDAS THAI






TALAPIA MASAK PEDAS THAI

Bahan:
1 ekor ikan talapia( if nak guna ikan siakap pun boleh)
1sdb sos ikan
1sdb cili kisar (ni sy tambah)
1sdb thai cili paste (ni sy tambah)
5ulas bawang putih - cincang halus2
7-8biji cili padi hijau -hiris
1biji cili merah -cincang halus2
Sedikit garam
Sedikit gula
1cwn air
Daun limau purut (saya tambah)
Halia -hiris (yg ni sy tambah)
1sudu olive oil -guna minyak masak pun boleh

Cara-cara :
Ikan talapia salut dgn kunyit dan garam lepas tu goreng..ketepikan.Bahan cincang bawang, cili merah, cili padi, halia, ditumis.

Masukkan satu sudu cili kisar, 1sudu pes cili thai, tambah sikit sos cili thai.tambah dengan air, masak hingga mendidih (kalau ikut video asal, dia x tmbah air, x ltk cili kisar @ thai cili pes, cuma gune minyak saje utk berkuah. Tpi ni sy adjust sendiri).

Seterusnya masukkan lime juice, sos ikan, daun limau purut. Masak lagi hingga kuah agak pekat. Last sekali masukkan gula n garam secukup rasa..
Siap, tutup api curah atas ikan.

Boleh tahan lah rasa dia lepas adjust sendiri kan..mcm dh lari sngt dari video asal...tak pelah kita buat dia kan, bukan dia buat kita   



4 - kengsom siakap






1st time makan kengsom ikan siakap. Sedap rupanya. 
Resepi kengsom siakap
#masakcarasaya

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan siakap –
3 tangkai cili merah – buang biji (*)
Beberapa biji cili api (*) - letak 2 biji je. Anak2 tak berapa makan pedas
1 sk serbuk kunyit (saya tak beli kunyit hidup)
1 biji bawang merah besar (*)
4 ulas bawang putih (*)
1 batang serai (*)
1 inci belacan (*)
Air asam jawa secukup rasa
1 biji tomato - belah 6
1 biji limau nipis – ambil jus
Nanas masak secukupnya
Kangkung secukupnya

CARA MEMASAK
- Kisar bahan-bahan bertanda (*) kemudian masukkan ke dalam periuk. 
- Masukkan air. Masukkan serbuk kunyit. Kacau rata. Biarkan mendidih. 
- Masukkan hirisan nanas.
- Masak bahan tadi hingga mendidih kemudian tambahkan air asam jawa.
- Seterusnya masukkan ikan dan tomato. Biar hingga masak.
- Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
- Akhir sekali, masukkan kangkung dan jus perahan limau nipis. Padam api dan sedia untuk dinikmati.

kredit : Nina Mahdar



5 - IKAN SIAKAP KUKUS ALA NYONYA
(Masakan luar negara)






IKAN SIAKAP KUKUS ALA NYONYA
(Masakan luar negara)
.
Bahan-bahannya
1 ekor Ikan Siakap (bersihkan ikan)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 batang serai
5 biji cili merah
6 biji cili padi
1 kuntum bunga kantan
1 cm kunyit hidup
1 cm halia
sos thai secukupnya
jus limau nipis secukupnya ( saya guna 1/2 biji lemon)
garam,gula, perasa secukupnya.


Cara membuatnya:
1. Satukan semua bahan dan kisar hingga lumat.
2. Tumis hingga wangi dan pecah minyak kemudian sesuaikan rasa garam dan manisnya.
3. Lumurkan ke atas ikan siakap dan kukuslah hingga masak.
4. Hidangkan dengan nasi panas. Layan!

Sumber : blogwana.wordpress.com



6 - IKAN SIAKAP STIM LIMAU






IKAN SIAKAP STIM LIMAU
.
Bahan-Bahan:
5 ulas bawang putih
Stok ayam ( kalau takde guna 1 kiub pati ayam kacau dgn 1/2 cawan air panas)
Cili api merah
Daun limau (kak M lupa nak beli)
Serai
Halia
Daun ketumbar
Limau nipis
Sos ikan ( 5 sudu besar)
Garam (tak nak letak pun takpe)
Gula secukup rasa
 .
Cara-caranya:

1. Seekor ikan siakap cuci bersih dan kelarkan.
.
2. Sediakan bekas yg sesuai mengikut size ikan dan letak dalam pengukus. Tapi Kak M nak cepat, jadi kak M gunakan magic pan. Pun boleh. Lagi cepat masak!
.
3. Serai dikerat serong kasar, daun limau koyak-koyakan. Kak M tak letak daun limau. Pastu sumbat semua serai, daun limau dan halia dalam perut ikan.
.
4. Kiub ayam tadi larutkan dengan air panas, curahkan atas ikan dan biarkan masak dalam magic pan dalam 20 – 25 minit, check hingga ikan betul-betul masak.
.
5. Masukkan bawang putih yang dah dicincang, cili api merah, perahan limau nipis, sos ikan, garam dan gula dalam satu mangkuk dan gaulkan sebati. Please rasa dulu ye. Adjust sampai puas hati. Ketepikan.
.
6. Ok, bila ikan dah masak boleh keluarkan dan letak dalam pinggan besar.
 .
7. Last sekali, curahkan dengan bahan-bahan (No.5) yang dah dicampurkan dengan daun ketumbar tadi. Dah siap!!
.
Jom try! Mudah, sedap dan cepat yeayyy 

Kredit resepi : Kak M (MAHN)



7 - Resepi Siakap Sarawak Black Pepper






Resepi Siakap Sarawak Black Pepper

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap saiz besar cuci bersih potong rama2 (potong dua tanpa putus) dan toskan.

2 sudu besar lada hitam ditumbuk hancur.
1 biji bwg kecil dimayam
1 biji tomato dipotong 6
2 ulas bwg putih dimayam
3 sudu besar sos tiram
7 keping halia yg dihiris nipis
Sedikit perahan lemon
Sedikt bunga kobis
Sedikit lobak merah
1 sudu teh tepung jagung dibancuh dgn suku cawan air.
Tepung jagung secukupnya,garam,gula secukupnya

Cara-cara Utk KUAH:
Tumis bwg2 dan halia hingga layu.Masukkan lada hitam yg dah ditumbuk hancur kacau sekejap dan masukan semua bahan lain KECUALI IKAN.kacau lgi..masukan sedikit air mengikut banyak kuah yg dikehendaki.jika suka pekat..lebihkan sedikit tepung jagung yg dibancuh dahulu dgn air.mendidih siap.

Cara-cara Utk IKan:
Salut ikan dgn tepung jagung.salut kering jgn dibancuh dgn air tepung tu ye..dan goreng dlm minyak yg banyak.angkat dan curah kuah tdi atasnya siap.

Cdt dapur chef



8 - Siakap goreng masak cili






Siakap goreng masak cili....Ada yang suka ka?
Boleh try dinner malam ni.. Dihidangkan pula dgn nasi panas mmg 

Bhn2
2 biji bwg besar
4-5 bwg putih
3 biji cili hidup
Tumbuk kasar kesemua bahan diatas...
3-4 sudu cili bo@ cili kisar
Gula
Secukup rasa
Garam
Ikan yg telah digaram kunyitkn..n goreng- ketepikan...

Cara2
Tumis bahan tumbuk...hingga wangi dan garing...masukkan cili...biarkan cili pecah minyak..masukkan gula,garam@secukp rasa....
Masukkn ikan...biar mendidih sesuaikn rasa..siap..
Nak letak cili padi pun boleh....tambahkan...

Selamat Mencuba!
Kredit: Farza shaza'eika via MAHN



9 - SIAKAP STIM TOMYAM PUTIH






RESEPI SIAKAP STIM TOMYAM PUTIH

Bahan-bahan

1 ekor siakap sederhana besar
1 peket pes tomyam putih @adabi_consumer
1 biji bawang merah
2 inci halia
Daun limau purut
Daun ketumbar
Cili hijau
1/2 kiub pati ayam
2 sudu besar sos ikan
1 biji limau nipis
Garam secukup rasa

Cara penyediaannya

1. Ratakan ikan dengan sedikit garam. Masukkan halia, daun limau purut, bawang dan cili bersama sedikit pes tomyam putih ke dalah perut ikan.

2. Pes yang lebih, lumurkan pada ikan. Lumur sehingga sebati bagi kedua-dua belah badan.

3. Kemudian, taburkan semua bahan yang dipotong. Perahkan asam limau nipis dan curahkan bancuhan sos ikan bersama kuib pati ayam adabi.

4. Kukus sehingga ia masak. Lepas masak boleh tabur daun ketumbar, cili dan tomato untuk hiasan.

Selamat mencuba...



10 - Siakap Mangga






Ikan Siakap Mangga
Lyana's kitchen

1ekor ikan siakap
Tepung bestari
Gaulkan ikan siakap dengan tepung bestari..
Dan goreng macam biasa...

Bahan Sos
½botol sos Plum
2 sudu kecil sos cili/Thai
1 sudu kecil sos tomato
Potongan cili padi ~ jika suka pedas
½cawan air masak panas letak sikit asam jawa adabi~Dlm ½ sudu kecil
Gula dan sedikit garam

Parutan buat mangga muda

Campurkan kesemuanya dan biar rasa sedikit manis

Hiasan
Parutan mangga..
Untuk ditabur atas Ikan kita...

(Resepi ni bole digunakan untuk ayam jugak..)

Kredit Resepi : lyana's kitchen via mahn



11 - SIAKAP SWEET N SOUR THAI






RESEPI SIAKAP SWEET N SOUR THAI

Bahan2
Ikan siakap- gaul garam kunyit dan sedikit tepg jagung- goreng
3 ulas bwg putih- mayang halus
1 biji bwg besar- mayang kasar
1 inci halia- mayang halus
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos cili masam manis thai (botol warna putih merah)
Sedikit sos tiram
Lada benggala merah dan hijau-dadu
Nenas- dadu
Garam secukup kalau masih tawar

Cara2
1. Tumis bahan yg dimayang smp wangi dgn sdikit minyak.
2. Kemudian masukkan semua sos2 dan sedikit air. Kacau sebati. Biarkan mendidih.
3. Masukkan lada benggala dan nenas.
4. Dah secukup rasa masam manis. Tutup api.
5. Tuang sos ke atas ikan. Siap

Cdt tuan adriana arissa



12 - ikan siakap stim






ikan siakap stim

Bahan2
Ikan siakap (1 ekor )
Sos tiram
Tepung jagung
* Cili padi
* Bawang besar ½biji
* bawang putih 3 ulas
* serai 2 batang
* halia 1 inci
* limau nipis (ikut suke masing2,kalau nk masam lebihkan kalau x kurang kan)
* maggi kiub pati ayam 1
* air ⅓cawan
* garam secukup rase
* daun ketumbar ( akar dia pon kite pkai tau ...)
Tomato 1 biji
Ok jom masak ..
1) ikan macam biase siang n cuci terlebih dahulu ... kalau ikan besar ,periuk kecik ,belah dua ..nanti kalau da masak cantum kan balek
2) lumur sos tiram pada ikan then salut tepung jagung (tepung jagung jangan banyak sgt,sebb takut kuah jadi pekat plak nanti) , pastu perap kejap ddlm peti ais
3) hiris halus2 bahan yg bertanda * dan campur kan dlm 1 bekas mcm dlm gmbr then gaul sebati, kalau nk lagi power rase dia ramas bahan2 tu,pasti kan tangan tu beralas sarung tangan plastik ye,tp x ad sarung tangan,plastik beli barang pon boleh...#kitebuatdia
4)letak ikan dalam periuk yg korang rase nk guna,kuali pon bole ..curah je bahan2 tadi macam dlm gambar...
5) masak ikan mengguna kan api yg perlahan , jgn lupa tutup periuk tu ...agak2 sebelah da masak ,terbalik kan ikan perlahan2 then biar dia masak sepenuh nye (kalau x yakin nk terbalik kan ...lebih kan air,biar ikan tu masak lame skit) ..
6) sebelom tutup api tabur daun ketumbar untuk menaik kan lagi bau masakn.
7) siap!!! Sedia di hidangkan...

Rase dia macam ikan stim yg kite kukus ...
Selamat mencuba
Cdt: ecah jai



13 - IKAN SIAKAP AIR ASAM






IKAN SIAKAP AIR ASAM 

Bahan

Ikan Siakap 1 ekor
Bawang 1 biji (cincang/tumbuk kasar)
Cili padi 7 tangkai (tumbuk kasar)
Tomato 1 biji (cincang)
Air Asam jawa 1 cawan
Gula padir 3sb
Brown sugar 2sb

Cara2 buat
Ikan siakap stim kan sampai masak.
Satukan semua bahan air asam..tambah apa
Yang patut k..pastu siram ikan tu..
Okey camtu je... 



14 - Sup Ikan Siakap Lada Hitam






Sup Ikan Siakap Lada Hitam
.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana besar (potong/bersihkan/gaul dgn sedikit garam)
1 inci halia di belah2 sahaja
1 keping asam gelugur (asam keping)
1 sudu besar thai fish oil
1 sudu teh perencah sup
1 btg serai (ketuk)
Garam & perisa lain ikut suka

Bahan tumbuk:
3 biji bawang putih
3 biji bawang merah (sederhana)
1 inci halia
1/2 sudu teh biji ketumbar
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh lada hitam
& sedikit je lengkuas (taknak pun takpe)
(Semua bahan ini tumbuk lumat ok)

Rempah penumis:
1 batang kulit kayu manis
2 biji cengkih
2 kuntum bunga lawang

Bahan hiasan:
Tomato belah 4, sedikit hirisan bawang holland, bendi, hirisan daun sup, daun bawang
& bawang goreng.

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak masukkan rempah tumis
(Kayu manis,cengkih,bunga lawang)

2. Masukkan bahan tumbuk & serai (diketuk) goreng hingga naik bau

3. Tambahkan air (agak2 ok) & masukkan sedikit perencah sup & asam keping, masukkan garam, perasa lain & thai fish oil juga & hirisan halia & hirisan bawang holland..biar mendidih lama sedikit & rasa ok.

4. Masukkan bendi sekali dgn ikan siakap dan tomato last sekali & biarkan masak di antara 3/4 minit sahaja ( tak boleh lama nanti ikan cepat hancur) rasa ok sup tadi ape yg kurang.

5. Padamkan api dapur.

7. taburkan daun bawang daun sup & bawang goreng. (Jika nak masam2 sket perahkan limau)
Ok done! 

Kredit Resipi: Ryna Kharysta



15 - Ikan BAKAR Pais Tempoyak






Ikan BAKAR Pais Tempoyak

Bahan
I ekor ikan patin/siakap/-guna ikan talapia merah; basuh dengan air asam jawa untuk hilangkan hanyir
1/2 inci kunyit hidup-kisar
20 biji cili api(merah&hijau)-campur cili padi dengan cili besar-kisar
3 helai daun kunyit- hiris
3 btg serai-hiris
4 sm tempoyak
garam,gula secukup rasa
daun pisang utk balut ikan-guna aluminium foil

Cara
1.Campur bahan kisar,garam,gula dan tempoyak.
2.Gaul sebati dan lumurkan pada ikan.pastikan keseluruhan ikan dilumur
3.Taburkan daun kunyit dan serai ke atas ikan.
4.Bungkus dan bakar hingga masak. 

credit to Ida shahida



Sekian " Terima Kasih " .....

Catat Ulasan

0 Ulasan