Ticker

100/recent/ticker-posts

Advertisement

Responsive Advertisement

RESEPI : NASI AYAM



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


RESEPI : NASI AYAM






RESEPI : NASI AYAM    |   Mesti ada Yang menggemari Nasi Ayam,saya kongsikan resepi Yang sangat special untuk anda semua,sedap Nasi Ayam ini,anda pasti Akan menyukainya.....



Resepi Nasi Ayam



Bahan-bahannya ;


Ayam bahagian paha
Stok ayam
Halia
5 ulas bawang putih 



Cara-cara membuatnya ;


Basuh bersih ayam rebus ayam dengan halia dan bawang putih yg ditumbuk. Air mesti banyak sebab nanti akan guna untuk masak nasi, sup, sos dan kicap. Dah mendidih angkat ayam dan toskan



Bahan perapan ayam(2 ketul paha ayam) ;


2 sudu gula perang
2 sudu madu
1/2 cawan kicap manis
2 sudu sos tiram
1 sudu kecil lada hitam
Garam
Minyak bijan



Cara-cara membuatnya ;


Gaul semua bahan dan perap ayam dalam 30 minit.
Bakar dalam 30 minit suhu 180. Sebelum bakar sapu butter dan minyak bijan. Dah siap masak pun sapu lagi butter dan minyak tadi untuk dapat hasil yang menarik



Bahan-Bahan Nasi ;


2 cawan beras basmathi
Panaskan minyak sapi dan butter dalam periuk nasi elektrik. 
Tumis daun pandan, serai, halia dan 4 sekawan hingga naik wangi. Masukkan beras gaul sebati. Masukkan 3-3 1 /2 cawan air stok ayam tadi. Masukkan garam gaul sebati. Alihkan ke atas periuk elektrik dan biar hingga masak. Dah masak gaul2 kan nasi supaya masak sekata.



Bahan-Bahan sos ;


Blend 4 biji cili merah dengan seulas bawang putih. Guna air stok ayam tadi jg.
Masak api perlahan. Masukkan sedikit gula, garam, cuka, sos cili. Agak2 ja letak ni bagi dapat rasa sos. Nak pekat letak sikit tepung jagun yg dibancuh sedikit air.



Bahan-Bahan kicap ;


Lebihan bahan perapan ayam tadi masak bersama sedikit air stok ayam. Kalau tak masin tambah garam. Dah mendidih tutup api. 



Bahan-Bahan sup ;


Lebihan air stok ayam tadi panaskan, tambah garam dan kiub ayam. Masak hingga mendidih. Siap ...






Selamat mencuba
Yang penting masak dengan penuh kasih dan sayang ...

Sumber : Mdm Kelly



Sekian " Terima Kasih " ....

Catat Ulasan

0 Ulasan