Ticker

100/recent/ticker-posts

Advertisement

Responsive Advertisement

RESEPI : SOTONG GORENG KUNYIT PEDAS



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


RESEPI : SOTONG GORENG KUNYIT PEDAS





RESEPI : SOTONG GORENG KUNYIT PEDAS    |     Pada peminat seafood anda suka tak SOTONG GORENG KUNYIT ? saya ada resepi yang ingin di kongsikan pada anda semua,bahan - bahannya sangat ringkas dan senang untuk didapati ...



SOTONG GORENG KUNYIT PEDAS


BAHAN-BAHANNYA ;


600 gram sotong saiz sederhana, dibersihkan*
1 1/2 inci kunyit hidup*
2 ulas bawang putih*
1 camca teh garam*(*ditumbuk halus dan gaul rata dengan sotong, perap 30 minit)
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 camca besar penuh cili kisar
1 camca besar sos tiram
1/2 camca besar tepung jagung
Sos ikan secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan



Cara - Cara Membuatnya ;


  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum.
  2. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing.
  3. Tambah sos tiram dan kacau rata, masak hingga naik minyak.
  4. Sementara itu masukkan tepung jagung ke dalam sotong yang telah diperap tadi, gaul rata.
  5. Masukkan ke dalam kuali dan kacau.
  6. Masak hingga sotong berubah warna.
  7. Tambah hirisan bawang besar, kacau dan masak hingga bawang layu.
  8. Rasa dan jika kurang masin, boleh masukkan sos ikan secukup rasa.
  9. Masak sekejap dan boleh matikan api.
  10. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain.



Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan



Sekian " Terima Kasih " .....

Catat Ulasan

0 Ulasan