Ticker

100/recent/ticker-posts

Advertisement

Responsive Advertisement

RUKUN KECINTAAN.



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


RUKUN KECINTAAN.






RUKUN KECINTAAN.    |   "Hendaklah kamu penuhi hatimu dengan cinta kepada manusia, cinta pada kebaikan bagi mereka, sebagai wujud kasih sayang terhadap mereka.


۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞


RUKUN KECINTAAN.


Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersabda, "Orang-orang yang penuh cinta akan di sayang oleh Yang Maha Pemilik Cinta, Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi. Sayangilah siapa pun yang berada di bumi, nescaya kalian akan disayangi oleh siapa pun yang di langit."

Para ulama menyebut hadis ini 'Al-Musalsal bil Awwaliyah'. Apa yang dimaksudkan dengan 'Al-Musalsal bil Awwaliyah'? Al-Musalsal bil Awwaliyah maknanya adalah setiap hadis yang diterima daripada gurunya dengan mengucapkan, "Guruku, fulan mengatakan kepadaku dan pertama kali yang aku dengar darinya adalah hadis ini..."

Ada sesetengah orang yang tidak mahu mengikut jemaah umrah yang turut menziarahi Madinah Al-Munawwarah. Kerana katanya tiada di dalam rukun umrah. Memang benar menziarahi Madinah Al-Munawwarah itu bukan daripada rukun umrah. Akan tetapi pergi menziarahi Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu adalah Rukun Kecintaan.

Dan kita dituntut untuk mengasihi yang dibumi. Salah satu hak orang muslim terhadap muslim yang lain juga adalah menziarahinya ketika sakit. Semoga doa dari yang sakit dan yang menziarahinya dikabulkan oleh Allah سبحانه وتعالى. Ramai dari kalangan kita menyangka menziarahi orang sakit hanya akan memberikan manfaat kepada pesakit sahaja.

Penziarah orang sakit juga boleh mendapat doa dan selawat daripada para malaikat mengikut waktu mereka datang. Sekiranya seseorang datang menziarahi orang sakit di waktu pagi, dia akan dapat doa dan selawat daripada pagi hingga ke petang. Sekiranya dia datang waktu petang, dia akan dapat doa dan selawat para malaikat pada waktu petang sehingga ke pagi. Apa yang istimewanya bukan satu atau dua malaikat yang berdoa untuknya tetapi sebanyak tujuh puluh ribu para malaikat. Sedangkan manfaat itu banyak diterima oleh mereka yang menziarahi.

Antara manfaatnya adalah mengajar kita akan erti kesihatan dan yang terpenting adalah menerbitkan dalam hati makna kemanusian. Ulama' ada menyebut sesiapa yang mempunyai erti kemanusian maka dia mengenali dirinya, sesiapa yang mengenali dirinya maka dia mengenali Tuhannya.

Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى pada hari kiamat nanti berfirman, "Wahai anak Adam, kenapa kamu tidak menziarahi-Ku?" Anak adam kemudian berkata, "Wahai Tuhan-Ku, bagaimanakah aku hendak menziarahi-Mu sedangkan Engkau adalah tuhan sekalian alam?"

Allah سبحانه وتعالى berfirman, "Tidakkah kamu tahu hamba-Ku yang itu sakit dan kamu tidak menziarahinya? Tidakkah kamu tahu bahawasanya sekiranya kamu menziarahinya, kamu akan dapati Aku bersama dengannya. Cinta. Sayangilah kamu siapa pun yang berada di bumi, nescaya kalian akan disayangi oleh siapa pun yang di langit."

[Habib Ali bin Abdurrahman Al-Jufri]

#PintuTaqwa


Sekian " Terima Kasih ".... 

Catat Ulasan

0 Ulasan